awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah asid di Bachok

Bernama
Bernama
22/05/2025
02:15 MYT
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah asid di Bachok
Polis merampas sebuah Perodua Myvi, telefon bimbit serta alat kawalan kenderaan daripada wanita yang ditahan di Kuala Krai petang semalam, susulan kes simbah asid ke atas seorang pemilik spa di Bachok pada Sabtu.
KOTA BHARU: Polis menahan seorang wanita disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam di hadapan sebuah kilang getah di Kuala Krai.
"Wanita itu yang bekerja di sebuah kilang getah didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Polis merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi, telefon bimbit serta alat kawalan kenderaan daripadanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan wanita itu dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok, pagi ini untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut terhadapnya.
Mohd Yusoff berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mendatangkan kecederaan parah.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menyalurkan maklumat kepada IPD Bachok atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pada Sabtu lepas, seorang peniaga wanita disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang, Bachok.
Akibat serangan itu, mangsa melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki, bagaimanapun dia kini dilaporkan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#asid
#pemilik spa
#Bachok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami