awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditemui rentung dalam kebakaran kereta

Bernama
Bernama
08/07/2021
03:04 MYT
Wanita ditemui rentung dalam kebakaran kereta
Mangsa ditemukan di bahagian tempat duduk pemandu selepas pihak bomba menjalankan operasi memadam api ke atas kenderaan itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Bandar Baru Selayang, Gombak, di sini, awal pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa ditemukan di bahagian tempat duduk pemandu selepas pihak bomba menjalankan operasi memadam api ke atas kenderaan itu pada 4.32 pagi tadi.
"Pihak bomba menerima pemakluman berhubung kejadian kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar pada 4.25 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
"Setelah pemadaman dibuat 15 minit kemudian, terdapat seorang mangsa wanita di dalamnya yang identitinya masih belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi hari ini.
Norazam berkata pihaknya masih menunggu pengesahan dibuat Jabatan Forensik dan Kementerian Kesihatan berhubung penemuan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita
#rentung
#kereta
#terbakar
#Gombak
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan