awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditemukan mati tersepit dalam tandas

Bernama
Bernama
05/12/2016
22:45 MYT
Wanita ditemukan mati tersepit dalam tandas
mangsa yang masih bujang menetap di rumah itu sejak 25 tahun lalu dan tinggal bersendirian sejak kematian ibu bapanya. - Gambar fail
Seorang wanita ditemukan mati di dalam tandas di kediamannya di Flat Tambun di sini tengah hari Isnin.
Lee Choon Lai, 49, ditemuikan dalam keadaan terbaring dan tersepit antara mangkuk tandas dan dinding bilik air.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Mohd Nor Rasid berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang jiran mangsa kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
"Polis telah meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata mangsa yang masih bujang menetap di rumah itu sejak 25 tahun lalu dan tinggal bersendirian sejak kematian ibu bapanya.
Katanya jirannya terhidu bau busuk dari dalam rumah mangsa lalu menghubungi pihak polis.
Mohd Nor berkata mangsa yang merupakan pesakit buah pinggang dan mempunyai masalah kencing manis tahap kritikal sepatutnya mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 30 Nov lalu, namun dia tidak berbuat demikian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Flat Tambun
#mati tersepit tandas
#Mohd Nor Rasid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan