awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Indonesia ditemui mati dengan tangan berikat

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2019
02:21 MYT
Wanita Indonesia ditemui mati dengan tangan berikat
Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan separuh bogel, tangan diikat dan mulut disumbat kain di sebuah rumah di Jalan Reko, Kajang dekat sini pada Isnin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemui majikannya yang datang ke rumah mangsa selepas dia tidak hadir bekerja selama tiga hari.
"Penemuan mayat itu dilaporkan oleh majikannya pada 6.24 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Sabri, wanita itu bekerja di sebuah kedai perabot dan kali terakhir dilihat pada malam Khamis.
Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi pegawai penyiasat ASP Ismail Ahmad menerusi talian 019-2306107 untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jalan Reko
#Kajang
#kedai perabot
#majikan
#mangsa
#mati
#mayat
#Mohd Sabri Abdullah
#polis
#siasatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan