awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori

Bernama
Bernama
05/11/2024
22:50 MYT
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Seorang wanita maut manakala anaknya cedera selepas lori yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi lori yang membawa muatan kayu di Kilometer 350.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat Bidor, pada petang Selasa.
IPOH: Seorang wanita maut manakala anaknya cedera selepas lori yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi lori yang membawa muatan kayu di Kilometer 350.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat Bidor, pada petang Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang sebelum tujuh anggota bomba dan dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan itu melibatkan lori tiga tan jenis Mitsubishi membawa muatan kasut yang dinaiki mangsa dan telah melanggar belakang lori lima tan jenis UD Nissan membawa muatan kayu.
"Kejadian melibatkan tiga mangsa daripada satu keluarga iaitu wanita berusia 36 tahun yang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan manakala anak lelakinya berusia lapan tahun cedera patah kaki dan pemandu lori (suami berusia 36 tahun) selamat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.
Sabarozi berkata, pemandu lori UD Nissan juga dilaporkan selamat.
Beliau berkata, mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 petang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#wanita maut kemalangan
#dua lori kemalangan
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan