awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dibaham buaya ketika mandi sungai

Petrus Bernard
Petrus Bernard
25/06/2020
14:17 MYT
Wanita maut dibaham buaya ketika mandi sungai
Jasad mangsa akhirnya ditemui oleh orang kampung dengan bantuan bomba sukarela. - Astro AWANI
Seorang wanita yang berusia sekitar 50-an maut dibaham buaya di Sungai Tuda Kalabakan, Tawau pada Khamis.
Sebelum kejadian kira kira jam 10.50 pagi, mangsa Nurhayati Talib dikatakan sedang mandi sungai sebelum diserang reptilia ganas tersebut.
Kejadian itu disedari seorang saksi, Zulkifli Musa, 39 tahun, yang kebetulan sedang berada di lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Balai Bomba Tawau, Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 11.38 pagi dan menggerakkan lima anggota bersama sebuah kenderaan utiliti.
Begitupun, mereka perlu menempuh jarak 106 kilometer dan tiba di lokasi kejadian pada jam 1.45 petang.
Walau bagaimanapun, jasad mangsa akhirnya ditemui oleh orang kampung dengan bantuan bomba sukarela dan operasi tamat jam 2.10 petang.
Kecederaan parah di bahagian kepala dan pinggang mangsa akibat gigitan buaya dipercayai membawa kepada kematian mangsa.
Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada kelurganya untuk proses pengebumian.
Topic Berkaitan
#buaya
#Kalabakan
#sungai tuda
#wanita dibaham buaya
#wanita maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan