awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Ketua Majlis Strategik Iran meninggal dunia akibat serangan AS–Israel
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
Konflik Asia Barat: Israel mahu adakan rundingan terus dengan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut dijerut: Dua termasuk suami mangsa disambung reman

Astro AWANI
Astro AWANI
24/02/2026
02:52 MYT
Wanita maut dijerut: Dua termasuk suami mangsa disambung reman
Dua lelaki Indonesia termasuk suami kepada wanita yang dibunuh di kawasan kebun pisang di Kampung Sungai Kelambu di sini dipercayai kerana cemburu disambung reman kali kedua selama tujuh hari bermula Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, lanjutan reman bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan.
"Kes masih dalam siasatan sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya bagi tujuan pertuduhan.
"Suspek ini disambung reman tujuh hari lagi untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, pada jam 11.07 pagi, 15 Februari lalu polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Kampung Sungai Kelambu.
Berikutan itu, dua lelaki Indonesia berusia lingkungan 30 hingga 50-an yang bekerja sebagai tukang kebun telah ditahan.
Salah seorang suspek merupakan suami kepada mangsa.
Kedua-dua suspek kemudian telah direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki indonesia
#reman
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#wanita maut dijerut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan