awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kereta dirempuh bas di Sitiawan

Bernama
Bernama
02/12/2019
02:08 MYT
Wanita maut kereta dirempuh bas di Sitiawan
Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
Seorang wanita maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Kampung Tersusun Batu 7, Lekir, di Sitiawan, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 6.49 pagi sebelum sepasukan anggota bomba bersama satu jentera dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) segera ke lokasi.
Katanya semasa kejadian, bas tanpa penumpang itu dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke Lekir sebelum melanggar Perodua Viva dipandu mangsa bersama dua lagi rakan yang datang dari arah bertentangan.
"Bas berkenaan berada di atas pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan sehingga melanggar kereta terbabit.
"Sebaik sampai, pemandu kereta yang tersepit telah meninggal dunia, seorang penumpang depan tersepit dan diselamatkan, manakala seorang lagi mangsa di bahagian belakang berjaya menyelamatkan diri dan mengalami luka ringan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Zaki berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kesemua mangsa berumur lingkungan 30-an.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas
#bas tanpa penumpang
#bomba
#cedera
#kereta
#mangsa
#mangsa tersepit
#maut
#mayat
#meninggal dunia
#Mohd Zaki Zainol
#Perodua Viva
#polis
#Sitiawan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan