awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut tercampak dari SUV terbabas di Taiping

Bernama
Bernama
20/08/2024
07:00 MYT
Wanita maut tercampak dari SUV terbabas di Taiping
Seorang wanita maut setelah tercampak dari kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). - Foto JBPM
TAIPING: Seorang wanita maut selepas tercampak dari kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemalangan di Kilometer (KM) 256.2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan berhampiran Trong, Taiping hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita yang belum dikenal pasti identiti dan usianya itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 11.05 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Fortuner terbabas dan terbalik, dan terdapat dua mangsa.
"Seorang mangsa wanita disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian, manakala mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala lelaki yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas kesihatan dan operasi tamat sepenuhnya pada 12 tengah hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita maut
#tercampak keluar pacuan empat roda
#kemalangan WCE
#bomba perak
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan