awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
Gelombang haba: Kota Setar tahap dua, 14 daerah lain tahap berjaga-jaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita OKU ditemukan rentung terperangkap dalam rumah terbakar

Bernama
Bernama
04/04/2026
02:32 MYT
Wanita OKU ditemukan rentung terperangkap dalam rumah terbakar
Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Mantin Baharu, Seremban, semalam.
Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Taman Mantin Baharu, di sini, semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 32 tahun itu pada 11.33 malam.
“Kebakaran melibatkan rumah teres berkeluasan 20x65 kaki persegi yang musnah sepenuhnya. Mangsa ditemukan rentung dalam bilik utama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, operasi pemadaman yang membabitkan 14 pegawai dan anggota ditamatkan pada 11.50 malam selepas kebakaran berjaya dikawal.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar berkata, ketika kejadian mangsa yang menghidap strok dan lumpuh separuh badan itu dipercayai sedang tidur manakala adik lelakinya tidak berada di rumah.
“Mangsa hanya tinggal berdua bersama adiknya di rumah tersebut dan ketika kejadian adiknya keluar untuk membeli makanan sebelum dimaklumkan rumahnya terbakar.
"Menurut jiran, dia terdengar suara wanita meminta tolong tetapi orang ramai tidak tidak dapat masuk untuk menyelamatkannya kerana api sedang marak dan pintu rumah pula tertutup,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#wanita
#OKU
#rentung
#kebakaran air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan