awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita pantau 'musuh dalam selimut'

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
25/04/2013
10:34 MYT
Wanita pantau 'musuh dalam selimut'
Wanita Umno Kuala Kangsar akan sentiasa membuat pemantauan terhadap ahlinya demi memastikan sokongan wanita tetap pada Barisan Nasional (BN).
Ia bagi menangkis 'musuh dalam selimut' yang dibimbangi akan membuat undi sabotaj pada hari pengundian di Parlimen Kuala Kangsar.
Pemangku Ketua Wanita Umno Kuala Kangsar, Nor Rizan Subehi yakin undi wanita terhadap BN tidak terjejas meskipun bekas Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim bertindak keluar parti dan bertanding atas tiket bebas.
"Sokongan wanita hampir keseluruhan menyokong (Kamilia) sebelum ini, apabila keadaan itu berlaku, (bertanding bebas), diperingkat awal kita merasakan perpecahan di peringkat awal. Tapi kini selepas perjumpaan (Datuk Seri Shahrizat Jalil) semua jentera telah kembali,"
"Saya boleh katakan 100 peratus sokongan mereka," kata Nor Rizan ketika di temui Pejabat Umno Kuala Kangsar.
Kecewa dengan tindakan Kamilia, beliau menegaskan perjuangan wanita UMNO perlu diteruskan.
Hakikat itu diakui oleh akar umbi.
Ketua Wanita Cawangan Nor Shakin Lat menyifatkan Kamilia sebagai individu yang mementingkan diri.
"Mula-mula sekejap kami terkejut. Kami sokong beliau. Dulu beliau mengatakan kami perlu menyokong sesiapa sahaja yang dilantik menjadi calon dan kami pegang pada kata-kata itu,"
kuala kangsar
kuala kangsar
Sementara itu, penduduk yang ditemui berpendapat undi dari penyokong BN sedikit sebanyak akan terjejas.
Menurut Mat Razali Massarah, undi simpati mungkin akan berpihak kepada Kamilia.
Kamalia Ibrahim 20 April lalu membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding di Parlimen Kuala Kangsar atas tiket bebas.
Ia sekaligus menyaksikan pertembungan tiga penjuru termasuk Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Idham Lim dari PAS.
Beberapa hari lepas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru semua ahli Wanita Umno Kuala Kangsar bekerja keras dua kali ganda untuk memastikan kemenangan calon BN di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kawasan itu.
Ketua Pergerakan Wanita Umno itu memberi ingatan bahawa pilihan raya di kawasan Parlimen Kuala Kangsar jadi tumpuan seluruh negara selepas bekas naib ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon bebas.
Topic Berkaitan
#BN
#Kuala Kangsar
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan