awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita, remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes tembakan Flat Padang Tembak

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2017
23:42 MYT
Wanita, remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes tembakan Flat Padang Tembak
Menurut polis, suspek wanita yang juga pemilik rumah yang di sewa mangsa itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan bunuh, mencuri dan pukul. - Gambar hiasan
Polis telah menahan seorang wanita dan seorang remaja bawah umur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang pekerja hotel di Flat Padang Tembak dekat George Town pagi Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superitendan V. Saravanan memaklumkan kedua-dua suspek masing- masing berusia 30 dan 15 tahun ditahan petang semalam dan akan direman pada Khamis bagi membantu siasatan.
Menurutnya, suspek wanita yang juga pemilik rumah yang disewa mangsa itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan bunuh, mencuri dan pukul.
Manakala suspek lelaki berusia 15 tahun sudah tidak bersekolah namun tiada rekod kesalahan lampau.
Polis kini pihak polis sedang memburu beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, seorang remaja lelaki ditemui mati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya terikat dengan tali nylon di dalam sebuah rumah di flat Padang Tembak.
BACA: Mayat lelaki ditemui dengan kaki, tangan berikat
Mayat M. Sathiwill, 20, dijumpai tertiarap kira-kira jam 1 petang oleh seorang wanita yang kemudiannya menghubungi balai polis.
Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati ,muka bengkak disyaki dicederakan dengan benda tumpul.
Mangsa dipercayai telah dipukul oleh sekumpulan lelaki di koridor tingkat 16 flat berkenaan.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan mendapati mangsa telah dipukul oleh sekumpulan lima lelaki.
Kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Flat Padang Tembak
#hotel
#mangsa
#mayat
#polis
#remaja
#tembak
#tembakan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan