awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'

Bernama
Bernama
17/11/2024
09:10 MYT
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita mengalami kerugian RM20,900 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam, selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi TikTok pada 5 November lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata, pada mulanya selepas berkenalan, balu berumur 33 tahun itu diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Beliau berkata, selepas beberapa hari berhubung, suspek kononnya berniat mahu memberi hadiah telefon dan wang tunai dalam bentuk dolar kepada wanita berkenaan.
"Tidak lama kemudian wanita itu menerima e-mel yang menyatakan bahawa kiriman barangan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tetapi dia perlu membuat bayaran kepada syarikat kurier untuk mendapatkan barangan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata wanita itu membuat 14 kali pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza seperti diarahkan, dengan menggunakan wang simpanan sendiri dan arwah suaminya, namun dia tetap tidak menerima barangan berkenaan, sebaliknya terus diminta membuat pembayaran lagi atas pelbagai alasan.
"Selepas menyedari tertipu, wanita itu membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa kerugian
#love scam
#sindiket penipuan
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan