awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Wanita Waja Negara Sejahtera' tema Hari Wanita Kebangsaan 2020

Bernama
Bernama
24/08/2020
20:26 MYT
'Wanita Waja Negara Sejahtera' tema Hari Wanita Kebangsaan 2020
Golongan wanita juga adalah tonggak kepada kejayaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun ini bertemakan 'Wanita Waja Negara Sejahtera' bersesuaian dengan semangat serta pengorbanan golongan wanita terutamanya ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dalam kenyataan malam tadi, berkata golongan itu juga adalah tonggak kepada kejayaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sama ada penglibatan secara langsung sebagai barisan hadapan mahupun tanggungjawab dalam institusi keluarga.
Kementerian itu berkata tema itu dipilih bagi memberi inspirasi kepada golongan wanita selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keupayaan wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan dan pembangunan masyarakat serta negara.
Menyedari peranan wanita dalam pembangunan negara daripada segi ekonomi dan kesejahteraan negara, KPWKM turut menyeru masyarakat bersama bergerak dan menyokong usaha kerajaan dalam memperkasa wanita melalui pelbagai pendekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari wanita
#keluarga
#koronavirus
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#perpaduan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan