awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
Malaysia sambut baik perkembangan positif Asia Barat, tekankan keamanan berkekalan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas maut dalam kebakaran

Bernama
Bernama
15/03/2024
02:50 MYT
Wanita warga emas maut dalam kebakaran
Kebakaran berlaku melibatkan dua buah rumah di USJ4, Subang, Selangor awal pagi ini, mengakibatkan seorang wanita warga emas maut.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di USJ4, Selangor awal pagi ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang Shamsul Abidin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 pagi berhubung kebakaran melibatkan rumah jenis teres yang terbakar sekitar 60 peratus serta sebuah kenderaan.
Beliau berkata sebanyak lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang serta Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.
"Pasangan suami isteri terlibat merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan 70-an.
"Wanita itu berjaya dibawa keluar oleh bomba namun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan kesihatan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Shamsul berkata api dapat dikawal sekitar 1.40 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#kebakaran
#Subang
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan