awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas maut jatuh longkang

Aida Aziz
Aida Aziz
09/04/2021
06:01 MYT
Wanita warga emas maut jatuh longkang
Mangsa didapati tidak sedarkan diri dan disahkan maut di lokasi oleh pihak KKM. - JBPM
TAIPING: Seorang wanita warga emas dalam lingkungan umur 84 tahun maut akibat terjatuh ke dalam longkang semasa berjalan kaki di Jalan Limau Nipis, Kampung Jambu di sini pada Jumaat.
Difahamkan mangsa berjalan kaki seorang diri sebelum terjatuh ke dalam longkang tersebut.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 pagi.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping terima panggilan tersebut seterusnya bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama Unit Bermotor Bomba (RIM).
"Lokasi kejadian itu kira-kira 3KM dari balai, mangsa didapati tidak sedarkan diri dan disahkan maut di lokasi oleh pihak KKM, difahamkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, anggota bomba bertindak membawa keluar mangsa dengan menggunakan pengusung lalu menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat pada jam 10.24 pagi.
Topic Berkaitan
#wanita maut
#jatuh longkang
#warga emas
#Taiping
#bomba
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan