awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas rugi lebih setengah juta ringgit diperdaya pelaburan dalam talian

Bernama
Bernama
14/08/2025
13:36 MYT
Wanita warga emas rugi lebih setengah juta ringgit diperdaya pelaburan dalam talian
Mangsa berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan diarahkan untuk menekan satu pautan bagi memuat turun aplikasi pelaburan "DESG".
TANGKAK: Seorang wanita warga emas kerugian RM695,375 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham secara dalam talian awal bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 60 tahun itu telah melayari laman Facebook dan berminat untuk menyertai pelaburan berkenaan.
Beliau berkata mangsa kemudiannya telah berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan diarahkan untuk menekan satu pautan bagi memuat turun aplikasi pelaburan dinamakan "DESG".
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran 100 peratus keuntungan itu telah melakukan 16 transaksi ke empat akaun keldai bermula 2 Julai hingga Selasa lepas berjumlah RM695,375.
"Bagaimanapun, dia menyedari telah ditipu dan bertindak membuat laporan polis hari ini, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#pelaburan saham
#dalam talian
#mangsa kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan