awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga India ditahan cuba guna pas khas palsu keluar malaysia

Bernama
Bernama
24/08/2025
12:00 MYT
Wanita warga India ditahan cuba guna pas khas palsu keluar malaysia
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memaklumkan wanita berusia 45 tahun itu ditahan di Balai Pelepasan lapangan terbang berkenaan. - Foto hiasan/BERNAMA
SEPANG: Seorang wanita warga India ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 semalam, selepas dikesan cuba memperdaya pihak berkuasa dengan menggunakan pas khas palsu untuk keluar dari Malaysia ke India.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memaklumkan wanita berusia 45 tahun itu ditahan di Balai Pelepasan lapangan terbang berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati dokumen yang dikemukakan tidak munasabah dan disahkan palsu.
"Cubaan licik wanita terbabit digagalkan serta-merta oleh pegawai AKPS," menurut AKPS dalam kenyataan hari ini.
AKPS memaklumkan wanita itu ditahan bagi tujuan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan serius di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.
"Dia kini ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Imigresen KLIA bagi siasatan seterusnya," menurut kenyataan itu.
Menurut AKPS, sebarang cubaan menggunakan dokumen palsu tidak akan dikompromi dan akan dikenakan tindakan undang-undang paling tegas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita warga India ditahan
#pas khas palsu
#keluar Malaysia
#AKPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan