awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Bangladesh maut dilanggar traktor

Bernama
Bernama
27/06/2021
13:35 MYT
Warga Bangladesh maut dilanggar traktor
Mangsa berusia 33 tahun yang juga penumpang traktor itu, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang lelaki warga Bangladesh maut dilanggar traktor yang menggelongsor ke belakang dalam kejadian di ladang pertanian di Jalan Kuala Klawang/Genting Peras dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata mangsa berusia 33 tahun yang juga penumpang traktor itu, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Kejadian berlaku pada kira-kira 8.45 pagi ketika traktor tersebut dalam perjalanan menghantar racun ke tapak pertanian dan melalui kawasan bukit bercerun apabila enjin jentera berkenaan tiba-tiba mati dan menggelongsor ke belakang.
Mangsa yang duduk di bahagian belakang traktor bertindak melompat keluar untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat mengelak dan dilanggar oleh jentera itu, katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pemandu traktor warga tempatan berusia 33 tahun tidak mengalami kecederaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Bangladesh
#maut
#traktor
#Jelebu
#Kuala Klawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan