awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2024
16:15 MYT
Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian
Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama cucunya yang berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu pada Ahad. - Foto ihsan JBPM
KUALA KUBU BAHARU: Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama cucunya yang berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun dan cucunya berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika menuju ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu.
  • JBPM Selangor menerima laporan pada jam 3.15 petang Ahad, dan menggerakkan dua jentera dengan lapan anggota untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
  • Operasi SAR terpaksa dihentikan selepas tiga jam kerana keadaan gelap dan hujan, dan akan disambung pada keesokan hari (Isnin) jam 8 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, mereka menerima laporan tentang kehilangan tersebut pada jam 3.15 petang.
Menurut bomba, dua jentera dengan lapan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa.
“Mangsa dilaporkan menghubungi anak sulung mangsa dan menyatakan telah sesat pada jam 12 tengah hari.
“Anak mangsa kemudian membuat laporan kehilangan kepada pihak polis pada jam 3 petang,” menurut kenyataan tersebut.
Selepas tiga jam melakukan pencarian, operasi SAR terpaksa dihentikan kerana keadaan sudah gelap dan cuaca hujan di kawasan tersebut.
“Operasi SAR ditangguhkan dan akan bersambung pada esok hari (Isnin), jam 8 pagi,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#JBPM
#Kuala Kubu Baharu
#warga emas
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan