awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dijumpai meninggal dunia depan rumah kedai

Sinar Harian
Sinar Harian
18/09/2021
00:14 MYT
Warga emas dijumpai meninggal dunia depan rumah kedai
Lokasi penemuan mayat warga emas di hadapan deretan rumah kedai di Padang Temusu, Sungai Petani pada Jumaat. -Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Seorang warga emas ditemui meninggal dunia di hadapan deretan rumah kedai, dekat Padang Temusu, di sini kira-kira jam 8.45 pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kejadian menerusi satu panggilan telefon memaklumkan penemuan lelaki terbabit di Kilometer 64, Jalan Alor Setar-Butterworth.
Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan lelaki warga emas itu yang berusia 73 tahun dalam keadaan terduduk, turut ditemui di samping mangsa ialah sebuah basikal disyaki miliknya.
"Hasil maklumat diperoleh mendapati mangsa yang tinggal seorang diri di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian itu bekerja sendiri selain menerima bantuan orang ramai," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya, mangsa difahamkan adalah seorang penagih dadah tegar, bagaimanapun siasatan lanjut akan diteruskan.
"Pemeriksaan awal di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.
"Ujian saringan Covid-19 akan dibuat sebelum proses bedah siasat dilaksanakan," katanya.
Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda telah melakukan sanitasi di lokasi kejadian sebagai langkah keselamatan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas meninggal dunia
#mati depan rumah kedai
#Padang Temusu
#HSAH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan