awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan maut selepas tetak seorang lelaki

Bernama
Bernama
02/03/2026
14:24 MYT
Warga emas ditemukan maut selepas tetak seorang lelaki
Azizee berkata senjata yang digunakan dalam kejadian itu ditemukan dalam tong sampah di kawasan Pasar Pulau Tikus, kira-kira 50 meter dari lokasi serangan. - Gambar fail/Bernama
Seorang lelaki warga emas yang disyaki terbabit dalam insiden menyerang seorang individu di sebuah restoran ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah, di sini hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia 58 tahun dalam keadaan berlumuran darah membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus pada 6.30 pagi, selepas ditetak oleh individu dikenali di sebuah restoran berhampiran Pasar Pulau Tikus.
Beliau berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan.
"Hasil maklumat diberikan oleh mangsa, polis kemudian telah ke sebuah rumah di Solok Codrington pada 8.05 pagi bagi mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
"Bagaimanapun, sebaik tiba polis menemukan seorang lelaki berusia 68 tahun yang disyaki suspek dalam kes itu telah meninggal dunia ... ," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azizee berkata senjata yang digunakan dalam kejadian itu ditemukan dalam tong sampah di kawasan Pasar Pulau Tikus, kira-kira 50 meter dari lokasi serangan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada isu kewangan antara mangsa dan suspek, dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#maut
#Tetak
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan