awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hilang di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia

Bernama
Bernama
31/10/2025
15:45 MYT
Warga emas hilang di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin selepas keluar mencari lembu peliharaannya ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Kampung Paya Permai. - Gambar fail/hiasan
IPOH: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin selepas keluar mencari lembu peliharaannya ditemukan meninggal dunia di kawasan hutan berhampiran Kampung Paya Permai, Lubok Merbau dekat Kuala Kangsar, petang tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mayat Zahari Zainuddin, 70, dijumpai 3.48 petang hasil pencarian bersama beberapa agensi keselamatan dan penduduk kampung.
"Mayat mangsa ditemukan di kawasan semak, kira-kira 900 meter dari PKB (Pusat Kawalan Bomba) dengan pasukan operasi menjalankan pencarian di sekitar lokasi terakhir beliau dilihat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas hilang
#ditemui meninggal dunia
#Kampung Paya Permai
#Zahari Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan