awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hilang selepas perahu tambang karam di Jeram Giam

Afiezul Samit
Afiezul Samit
30/10/2021
15:23 MYT
Warga emas hilang selepas perahu tambang karam di Jeram Giam
Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas hilang, ketika perahu tambang yang dinaikinya dengan sembilan individu lain karam di Jeram Giam di sini, pada Sabtu. - Astro AWANI
SONG: Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas hilang, ketika perahu tambang yang dinaikinya dengan sembilan individu lain karam di Jeram Giam di sini, pada Sabtu
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan insiden sekitar jam 2.54 petang dan segera mengatur gerak anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Song ke lokasi.
"Setibanya mereka di lokasi, mereka segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata kenyataan tersebut.
Pusat operasi itu memaklumkan, berdasarkan maklumat saksi, sembilan individu penumpang tersebut berjaya menyelamatkan diri.
"Manakala mangsa yang masih tidak diketahui akan identitinya hanyut dibawa arus deras. Operasi pencarian tertumpu di kawasan hilir lokasi bot tersebut karam.
"Operasi SAR hari pertama hari ini bagaimanapun gagal menemui sebarang petunjuk.
"Hasil perbincangan dengan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), operasi ditangguhkan pada jam 6.00 petang atas faktor air sungai surut," pusat operasi itu memberitahu.
Perahu malang tersebut sebelum itu bertolak dari Rumah Inggang, Tapang menuju ke arah Pekan Song.
Topic Berkaitan
#lemas
#Balai Bomba dan Penyelamat
#karam
#warga emas
#Jeram Giam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan