awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas korban banjir pertama di Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
28/11/2024
03:25 MYT
Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 10.10 pagi sekitar jarak lima meter dari lokasi dilaporkan hilang. - Foto JBPM Terengganu
BESUT: Seorang lelaki warga emas menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas ditemui lemas di Kampung Amer, di sini, hari ini.
Mangsa Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66 tahun, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Bagaimanapun, ketika melakukan aktiviti mengangkat pukat di kawasan berkenaan, mangsa dilaporkan hilang sebelum rakan-rakannya berusaha menyelamatkannya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, sejurus menerima panggilan kira-kira jam 9.08, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa kemudiannya berjaya ditemui kira-kira jam 10.10 pagi sekitar jarak lima meter dari lokasi dilaporkan hilang.
"Hasil pencarian selama kira-kira satu jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa di dasar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#warga emas
#lemas
#mangsa banjir
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan