awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut bot terbalik

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2023
10:20 MYT
Warga emas maut bot terbalik
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada badan mangsa. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang warga emas maut selepas bot yang dinaiki terbalik dalam kejadian di Sungai Nenggiri Kampung Setelu, Gua Musang pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa, Mohd Aziz Ismail, 65, menaiki bot bersama seorang lagi individu.
Menurut beliau, ketika itu seorang pekerja kilang pasir berusia 31 tahun yang berada tidak jauh dari lokasi berkenaan tiba-tiba terdengar jeritan meminta tolong dan terus berlari ke sungai.
"Dia kemudiannya menggunakan sebuah bot lain dan terus menuju ke arah mangsa yang berada dalam air.
"Kedua-dua mereka berjaya dinaikkan ke atas bot, tetapi warga emas itu tidak sedarkan diri," katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Choon Foo memberitahu, pekerja kilang pasir itu kemudiannya membawa kedua-dua mangsa ke tebing sungai sebelum menghubungi Hospital Gua Musang.
"Bagaimanapun, warga emas itu disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut," katanya.
Jelas Choon Foo, seorang lagi mangsa yang selamat dibawa ke hospital sama untuk rawatan.
Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada badan mangsa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#bot terbalik
#Kelantan
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan