awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dalam nahas 4 kereta di Machang

Bernama
Bernama
08/01/2025
13:45 MYT
Warga emas maut dalam nahas 4 kereta di Machang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan bersama tiga buah kenderaan di Kilometer 51, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Machang, hari ini.
KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan bersama tiga buah kenderaan di Kilometer 51, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Machang, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata akibat kemalangan itu, mangsa yang berusia 63 tahun didapati tersepit di dalam keretanya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi dan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 pagi.
"Sepasukan enam anggota bomba dikerahkan ke lokasi dan mendapati empat buah kereta terlibat dalam kemalangan, termasuk kereta Proton Wira yang dipandu mangsa.
"Tiga mangsa yang lain, masing-masing dari Perodua MyVi, Honda Civic dan Toyota Innova tidak mengalami kecederaan namun dirujuk ke Hospital Machang akibat trauma," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Alfarra berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#nahas empat kereta
#Jalan Kota Bharu-Kuala Krai
#machang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan