awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut kemalangan selepas dibenar lawat abang ipar tenat

Bernama
Bernama
27/04/2020
12:28 MYT
Warga emas maut kemalangan selepas dibenar lawat abang ipar tenat
Lokasi kemalangan itu juga berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari sebuah sekatan jalan raya yang didirikan.
Seorang warga emas yang telah memperoleh kebenaran bergerak dari sini ke Sarikei semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk melawat abang iparnya yang sakit tenat tidak dapat menunaikan hasratnya apabila maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Paradom, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mangsa, Yii Kheng Ang, 65, tersepit di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kembaranya yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori kargo pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pemandu lori yang membawa muatan tong gas itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sibu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi petang Isnin.
Menurutnya, Yii telah ke Balai Polis Lanang pada sebelah pagi tadi bagi mengisi borang kebenaran pergerakan merentas daerah untuk melawat abang iparnya yang berusia 85 tahun dan sedang sakit tenat di Sarikei.
Lokasi kemalangan itu juga berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari sebuah sekatan jalan raya yang didirikan bagi menguatkuasakan PKP itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#kemalangan
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#polis
#Sibu
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan