awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut motosikal terbabas

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
11/05/2023
00:00 MYT
Warga emas maut motosikal terbabas
Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke tepi bahu jalan. - Foto PDRM
LIPIS: Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh di bahu jalan di Kilometer 3, Jalan Benta ke Kampung Peruang (jalan kampung), berdekatan pekan Benta dekat sini kira-kira jam 5. 10 petang pada Rabu.
Hasil semakan ke atas mangsa, Zainordin Abdul Wahab, 68, juga mendapati mangsa mempunyai enam rekod kesalahan undang-undang jalan raya.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5 ke rumahnya di Kampung Peruang setelah selesai membeli bahan api di Pekan Benta.
"Setibanya di tempat kejadian yang merupakan laluan berselekoh dan mendaki bukit, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke tepi bahu jalan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Hospital Lipis berikutan akibat kecederaan tanda lebam di dahi," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut Azli, bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan selepas ujian COVID-19 dan kes kemalangan ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian mangsa sendiri yang gagal mengawal motosikal yang ditungganginya sehingga terbabas ke bahu jalan.
Ujarnya, kemalangan itu berlaku di jalan kampung, laluan dua hala berturap tar tiada apa-apa garisan di kawasan selekoh dan sedikit pendakian bukit, manakala keadaan jalan kering dan cuaca baik.
Topic Berkaitan
#Nahas
#warga emas
#motosikal
#hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan