awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas positif, tidak takut ambil vaksin di PPVAZ WTCKL

Eton Khir
Eton Khir
09/06/2021
16:02 MYT
Warga emas positif, tidak takut ambil vaksin di PPVAZ WTCKL
Rata-rata warga emas yang hadir janji temu suntikan vaksin kelihatan teruja untuk mendapatkan dos pertama mereka.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jika di tempat lain ada warga emas yang masih takut mendapatkan vaksin kerana terpengaruh dengan maklumat palsu, lain pula ceritanya di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Tinjauan Astro AWANI hari ini mendapati, rata-rata warga emas yang hadir janji temu suntikan vaksin kelihatan teruja untuk mendapatkan dos pertama mereka.
Menurut Siti Aishah Ariffin, 79, dia menyedari kepentingan pengambilan vaksin dalam melindungi diri dan keluarga daripada COVID-19.
"Ada orang kata cucuk vaksin ni sakit, tapi Alhamdulillah kita datang cucuk tak rasa sakit. Layanan pun elok, petugas buat (suntikan) dengan lembut.
"Tiada masalah apa-apalah. Minta-minta biarlah semua orang berterusan datang ambil suntikan ini dan berdoa agar kita semua aman, sihat dan dijauhkan daripada bala," katanya kepada Astro AWANI.
COVID-19 | Warga emas positif, tidak takut ambil vaksin
Bagi Nalini Abdul Wahid, 63, dia mendaftar untuk mendapatkan suntikan atas kesedaran sendiri selepas mendapat maklumat yang sahih mengenai vaksin COVID-19.
"Saya ambil vaksin kerana hati saya sendiri yang nak ambil untuk kebaikan diri saya dan saya menyeru kepada semua-semua warga emas seperti saya di luar sana haruslah kena ambil vaksin kerana ia memberi kita manfaat untuk mengelakkan penyakit," katanya.
Sementara itu, Ong Yoong Ah Heng, 74, berkata dia merupakan penghidap penyakit Myeloma dan gembira kerana sudah divaksin.
"Ini adalah langkah pencegahan awal bagi melindungi diri daripada pandemik COVID-19," katanya.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Kuala Lumpur
#warga emas
#COVID-19
#pandemik
#vaksin
#AstraZeneca
#dos pertama
#imuniti kelompok
#WTCKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan