awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
24/02/2025
13:00 MYT
Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook. - Foto hiasan
SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata wanita berusia 73 tahun itu menyertai satu pelaburan pada pertengahan November lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp.
Beliau berkata mangsa tertarik untuk membuat pelaburan selepas dijanjikan pulangan lumayan antara lapan hingga 10 peratus sehari.
"Bagi tujuan pelaburan, mangsa diminta membuat 62 transaksi bayaran melibatkan 10 akaun bank yang berbeza membabitkan wang berjumlah RM4 juta.
"Mangsa sedar telah diperdaya apabila diminta untuk membuat pelbagai bayaran tambahan sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussein berkata mangsa tampil membuat laporan polis selepas gagal mendapatkan keuntungan seperti dijanjikan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan