awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Filipina pulang secara sukarela - Persatuan Suluk

Bernama
Bernama
10/03/2013
11:39 MYT
Warga Filipina pulang secara sukarela - Persatuan Suluk
Persatuan Suluk Bersatu Sabah cawangan Sandakan hari ini menafikan dakwaan ribuan warga Filipina meninggalkan negeri itu kerana bimbang dikenakan tindakan ekoran insiden pencerobohan militan bersenjata Sulu di Lahad Datu.
Pengerusinya Jamal Ali berkata sebaliknya, pemantauan yang dilakukannya mendapati warga Filipina terbabit yang dikesan mula meninggalkan Sabah sejak semalam melakukannya secara sukarela.
"Saya sendiri turun untuk memantau pergerakan mereka dan mendapati mereka yang kebanyakan tidak memiliki dokumen sah serta individu yang memiliki dokumen mengakui pulang bersama anak dan keluarga secara sukarela dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di jeti nelayan di pasar umum Sandakan hari ini.
Jamal, yang menaungi persatuan dengan lebih 300 anggota berketurunan Suluk berkata warga Filipina sepatutnya tidak terpengaruh dengan khabar angin berhubung kekerasan yang mungkin digunakan kerana yakin pihak keselamatan akan menangani isu itu dengan berhemah.
Beliau berkata demikian mengulas tulisan sebuah portal berita yang memetik laporan sebuah media Filipina yang mendakwa ribuan warga negara itu mula melarikan diri dari Sabah kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Lahad Datu
#Persatuan Suluk
#Suluk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan