awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga India maut jatuh bangunan di George Town

Bernama
Bernama
21/05/2013
03:43 MYT
Warga India maut jatuh bangunan di George Town
Seorang penjual tiket loteri warga India ditemui mati tertiarap di tepi longkang Flat Desa Delima, Bayan Baru selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan bangunan itu malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mayat S. Arumugam, 41, ditemui dengan kesan kelar di pergelangan tangan kirinya.
Polis turut menemui sebilah pisau berlumuran darah di sinki dapur dan beberapa tompokan darah di ruang tamu kediaman Arumugam di tingkat sembilan flat itu.
"Ketika kejadian dia tinggal seorang diri dan tiada kesan pencerobohan di rumahnya serta sebarang unsur perlakuan jenayah yang menyebabkan kematian mangsa," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata berdasarkan keterangan rakan serumahnya, lelaki terbabit kelihatan murung dan tertekan sejak beberapa hari lepas kerana dipercayai berselisih faham menerusi perbualan telefon dengan isterinya yang tinggal di India.
Gan berkata Arumugam masuk ke negara ini secara sah dan polis turut menemui kad rawatan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan beberapa jenis ubat penyakit diabetes kepunyaan Arumugam.
Katanya kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Hospital Pulau Pinang
#HPP
#India
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan