awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Indonesia didenda RM7,000 miliki MyKad palsu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/04/2022
10:10 MYT
Warga Indonesia didenda RM7,000 miliki MyKad palsu
Seorang wanita warga Indonesia dihukum denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu, bulan lepas. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang wanita warga Indonesia dihukum denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu, bulan lepas.
Tertuduh, Rosyidah Hanafi Salleh, 45, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan kali kedua di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Ketika pertuduhan dibacakan kali pertama, tertuduh berkata dia tidak faham pertuduhan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter bahagian kad pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara, di Ipoh, jam 10.30 pagi, 18 Mac lalu, atas nama Rosyidah Binti Hanafi.
Dia didakwa di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Mohd Hisam Saruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lima bulan, jika gagal membayar denda.
Tertuduh kemudiannya membayar denda tersebut.
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#denda
#Mykad palsu
#mahkamah majistret ipoh
#Rosyidah Hanafi Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan