awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Indonesia dituduh bunuh cucu saudara OKU

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2021
05:55 MYT
Warga Indonesia dituduh bunuh cucu saudara OKU
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. - Gambar hiasan
SELAYANG:Seorang wanita warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan membunuh cucu perempuan saudaranya berusia lima tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU), pada Disember tahun lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Ipzuma Ambo, 55 tahun, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dituduh dengan niat membunuh Qaseh Nur Qalesya Roza Iskandar.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Mengikut kertas pertuduhan, Ipzuma dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Lorong Malion Dua, Kampung Sungai Chin Chin, Gombak.
Insiden itu didakwa berlaku antara 28 Disember jam 12.01 pagi hingga 30 Disember jam 8.10 malam.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie dan Nur Shasha Hidayah Nor Azahar manakala tertuduh diwakili peguam Suriati Che Arifin.
Mahkamah menetapkan 18 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Selayang
#Nenek bunuh cucu
#mahkamah
#warga Indonesia
#Mahkamah Majistret
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan