awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga pendidik perlu diberi keutamaan untuk terima vaksin COVID-19

Afiezul Samit
Afiezul Samit
20/02/2021
14:16 MYT
Warga pendidik perlu diberi keutamaan untuk terima vaksin COVID-19
STU juga mengingatkan ibu bapa dan guru untuk memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan ketika berada di sekolah. - Foto: STU
KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berpendapat warga pendidik perlu dilibatkan dalam kumpulan pertama penerima vaksin COVID-19.
Ini memandangan golongan ini merupakan golongan yang akan berinteraksi dengan pelajar yang ramai, sekali gus terdedah kepada risiko jangkitan wabak tersebut.
Menurut Presidennya, Adam Prakash Abdullah, guru-guru yang mengajar di kawasan zon merah khususnya perlu diberi perhatian menjelang pembukaan sekolah awal Mac depan.
“STU berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan memastikan sekolah-sekolah di zon merah diberi perhatian.
“Ini kerana pihak guru-guru belum lagi menerima vaksin untuk melindungi diri mereka dan sangat berisiko apabila berhadapan dengan murid-murid sekolah nanti.
“Justeru, kami mengharapkan agar guru-guru juga dianggap sebagai pekerja barisan hadapan dan diberi keutamaan untuk diberi vaksin supaya kesihatan dan keselamatan mereka terjamin,” katanya.
Selain itu, Adam turut berpendapat KPM perlu membuat pertimbangan semula mengenai keputusan pembukaan sekolah di zon merah.
Ini dengan mengambil kira isu keselamatan guru dan pelajar memandangkan risiko jangkitan masih tinggi.
“STU mengambil berat tentang keselamatan semua guru dan semua murid khususnya di kawasan penularan pandemik COVID-19 ini masih aktif,” tambahnya.
Selain itu, STU juga mengingatkan ibu bapa dan guru untuk memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan ketika berada di sekolah.
Semua berita vaksin COVID-19
Semua berita vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#vaksin COVID-19
#zon merah di Sarawak
#guru penerima vaksin
#penularan COVID-19
#Kesatuan Guru Sarawak STU
#Adam Prakash Abdullah
#pembukaan semula sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan