awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada akaun media sosial palsu guna "suara" Agong

Bernama
Bernama
25/02/2026
07:21 MYT
Waspada akaun media sosial palsu guna "suara" Agong
Royal Press Office memaklumkan kandungan akaun itu memaparkan suara Seri Paduka Baginda yang kononnya berkaitan bantuan kewangan kepada orang ramai sempena Ramadan.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan pelbagai akaun video palsu di platform media sosial TikTok menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Royal Press Office memaklumkan kandungan akaun itu memaparkan suara Seri Paduka Baginda yang kononnya berkaitan bantuan kewangan kepada orang ramai sempena Ramadan.
“Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammers untuk tujuan penipuan di platform media sosial.
“Royal Press Office ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti satu kesalahan di sisi undang-undang,” menurut hantaran itu.
Semakan di TikTok mendapati terdapat dua video dimuat naik menerusi akaun yang menggunakan imej dan suara seakan-akan milik Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang Dipertuan Agong
#video palsu
#penipuan
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan