awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada ketika lakukan aktiviti air - Bomba

Bernama
Bernama
19/08/2018
21:06 MYT
Waspada ketika lakukan aktiviti air - Bomba
Sharikan bersama para anggotanya memberi nasihat kepada kanak-kanak yang mandi di persisiran pantai ketika melakukan tinjauan aktiviti air di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, 19 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada musim cuti persekolahan memandangkan 50 peratus kadar kemalangan lemas di negeri itu berlaku ketika tempoh tersebut.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Sharikan Bustaman berkata dalam tempoh 1 Jan sehingga hari ini, sebanyak 17 kes lemas direkodkan di seluruh negeri membabitkan 12 kematian iaitu tujuh kes berlaku di pantai dan laut, sungai (9 kes) dan air terjun (1 kes).
"Oleh itu, saya ingatkan orang ramai supaya jangan terlalu bergembira dan mengawasi anak-anak dengan baik ketika di dalam air kerana malang tidak berbau.
"Sentiasa peka kepada tanda amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa manakala pelancong luar pula boleh bertanya kepada penduduk setempat mengenai keadaan pantai atau sungai di lokasi yang dikunjungi," katanya kepada pemberita pada Kempen Keselamatan dan Aktiviti Di Air Sempena Cuti Persekolahan di Pantai Tok Jembal, di sini pada Ahad.
Katanya lagi, selain pantai dan sungai, kawasan tali air juga adalah lokasi berisiko dan sering menjadi tempat kanak-kanak bermain, justeru ibu bapa harus lebih peka terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aktiviti air
#amaran
#bomba
#cuti sekolah
#ibu bapa
#Kanak-kanak
#keluarga
#kemalangan
#lemas
#Pantai
#pelancong
#Sharikan Bustaman
#Sungai
#Tali air
#terengganu
#waspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan