awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra akan bantu rakyat Malaysia terkandas di India - Hishammuddin

Bernama
Bernama
18/03/2020
04:27 MYT
Wisma Putra akan bantu rakyat Malaysia terkandas di India - Hishammuddin
Warga Malaysia terkandas susulan keputusan kerajaan India berkaitan COVID-10 dan bukan kerana kerajaan Malaysia tidak benarkan mereka pulang, kata Hishammuddin. - Gambar Astro AWANI
Wisma Putra akan membantu rakyat Malaysia yang terkandas di India, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, warga Malaysia itu terkandas susulan keputusan kerajaan India berkaitan COVID-19 dan bukan kerana kerajaan Malaysia tidak benarkan mereka pulang.
Katanya, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dibenarkan pulang tetapi mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari selepas pulang.
"Saya ambil maklum ramai rakyat Malaysia terkandas dan hadapi masalah untuk dapatkan penerbangan pulang dari India susulan keputusan kerajaan India berkaitan #COVID19.
"Diharapkan mereka yang terkandas bertenang. Walaupun ini di luar bidang kuasa kita (kerajaan Malaysia) kerana perlu bergantung kepada budi bicara kerajaan luar untuk memberi kebenaran kepada rakyat kita pulang, Wisma Putra akan bantu yang terdaya. Kita telah berhubung dengan perwakilan Malaysia di sana," katanya menerusi Facebook hari ini.
Menurut Wisma Putra, setakat 9 pagi ini (18 Mac) sebanyak 274 warga Malaysia terkandas di India iaitu 150 orang di Lapangan Terbang Tiruchirappalli, Chennai (50), Mumbai (1) dan New Delhi (73).
Dalam video yang tular, sekumpulan rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Tiruchirappalli, Tamil Nadu meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak berkuasa negara itu kerana penerbangan mereka dibatalkan dengan seorang pegawai keselamatan berkata mereka tidak bertanggungjawab bagi keputusan yang diambil kerajaan Malaysia.
Pihak berkuasa India telah membatalkan penerbangan dari destinasi-destinasi antarabangsa termasuk Malaysia dalam mengekang wabak COVID-19.
Hishammuddin berkata pasukan petugas COVID-19 Wisma Putra juga sedang meneliti usaha yang boleh membantu untuk mencari penyelesaian bagi mereka yang ingin pulang ke Malaysia.
Katanya rakyat Malaysia di India boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi (nombor telefon: +91 11 2415 9300) dan e-mel: [email protected]; Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai (nombor telefon: (91 44) 2433 4434/35/36 dan e-mel: [email protected] dan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai (nombor telefon: 00 9122 2645 5751/52/55) e-mel: [email protected]. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#Hishammuddin Hussein
#Kerajaan India
#Malaysia
#Menteri Luar
#terkandas
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan