awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra pantau perkembangan terkini di Sudan

Bernama
Bernama
25/10/2021
12:36 MYT
Wisma Putra pantau perkembangan terkini di Sudan
Ketegangan memuncak antara tentera dan ahli politik sejak percubaan rampasan kuasa yang gagal di Sudan bulan lepas. - Gambar REUTERS
PUTRAJAYA: Kementerian Luar sedang memantau rapat perkembangan di Sudan, berikutan laporan pengambilalihan kerajaan oleh pihak tentera di sana.
Pada masa sama, kementerian akan terus berusaha melindungi kesemua kepentingan Malaysia di negara itu, termasuk Kompleks Petronas Sudan yang turut menempatkan kedutaan, dan Agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.
"Perkara-perkara berkenaan termasuk kebimbangan Malaysia mengenai keselamatan rakyat kita di sana telah disampaikan kepada Kuasa Usaha Sudan, yang telah dipanggil ke Wisma Putra petang ini," menurut kenyataan Wisma Putra pada Isnin.
Menurut Kedutaan Malaysia di Khartoum, kesemua 42 rakyat Malaysia, termasuk 27 pelajar yang berdaftar dengan kedutaan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan pegawai kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan mereka.
BACA: Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
BACA: PM Sudan dan 4 menteri ditahan
Kementerian menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Khartoum menerusi saluran berikut:
Kedutaan Malaysia di Khartoum : Malaysia House, House 17, Block B21, Street Khalifa Abdullah, Al Riyadh, atau menerusi talian telefon +249 99 070 0350 atau e-mail: [email protected], atau media sosial: @Malawakil.Khartoum (Facebook) @MYEmbKhartoum (Twitter).
Mereka juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874201/4530 pada waktu pejabat atau di talian 03-88874570 selepas waktu pejabat .
Sementara itu, menurut pegawai di Khartoum pada Isnin tentera Sudan menahan Perdana Menteri Abdullah Hamdok dan pegawai kerajaan selepas beliau enggan menyokong apa yang disifatkan sebagai "rampasan kuasa".
Hamdok telah dibawa ke lokasi rahsia, lapor Agensi Anadolu memetik Twitter Kementerian Kebudayaan dan Penerangan.
Ketegangan memuncak antara tentera dan ahli politik sejak percubaan rampasan kuasa yang gagal di Sudan bulan lepas.
Sudan ketika ini ditadbir pihak berkuasa tentera dan awam dikenali Majlis Berdaulat, sementara pilihan raya yang dijadual pada 2023 diadakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Kementerian Luar
#Sudan
#rampasan kuasa tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan