awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra pantau ribut tropika Yagi di Filipina

Bernama
Bernama
03/09/2024
15:05 MYT
Wisma Putra pantau ribut tropika Yagi di Filipina
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas diingatkan kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. - AP
PUTRAJAYA: Kementerian Luar belum lagi menerima sebarang maklumat mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat ribut tropika Yagi, di Pulau Luzon, Filipina.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata ia memantau dengan rapi keadaan di sana melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila.
Wisma Putra berkata ribut itu dijangka bertemu daratan di bandar timur Casiguran, Wilayah Aurora, pada 2 Sept.
"Setakat 3 Sept, pusat ribut itu telah beralih ke perairan di pantai utara Bandar Laoag, Wilayah Ilocos. Ribut itu bertiup dengan kelajuan angin 75 kilometer sejam (km/j) dan dijangka bergerak ke barat laut di atas Laut China Selatan dalam beberapa hari akan datang.
"Setakat pukul 4 petang waktu tempatan pada 3 Sept, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas oleh ribut tropika itu," katanya.
Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta maklumat mereka digalakkan supaya berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my,"katanya.
Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di alamat Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipina, di talian +63 8662 8200 +63 917 864 0761 (kecemasan) atau e-mel: [email protected] [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ribut Tropika
#taufan
#yagi
#Filipina
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan