awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Tiada rumah terbuka Aidilfitri, had lawatan luar negara – PM Anwar
[TERKINI] Konflik Asia Barat: Harga RON95 kekal, bekalan terjamin sehingga Mei 2026 – PM Anwar
Pelan khas kurangkan kesesakan grafik Johor Bahru dibentang selepas Aidilfitri - Onn Hafiz

WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang

Asyraf Malik
Asyraf Malik
11/03/2026
06:34 MYT
WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang
Menurut baginda, Al-Quran bukan sekadar bacaan ibadah, tetapi sumber panduan yang membawa ketenangan jiwa dan kekuatan dalam menghadapi ketidaktentuan zaman. - Foto Bernama
Umat Islam diseru kembali menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama hidup dalam menghadapi cabaran semasa, khususnya ketika ketegangan geopolitik yang semakin meruncing di rantau Asia Barat.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, dalam situasi musibah menimpa umat Islam di wilayah konflik, penghayatan terhadap Al-Quran menjadi asas penting membina kekuatan rohani dan perpaduan ummah.
“Pada saat dunia berdepan pelbagai kesukaran, khususnya di Asia Barat, respons paling tepat bagi kita sebagai orang beriman ialah kembali kepada ajaran Al-Quran dan bimbingan Nabi Muhammad SAW,” titah baginda ketika program World #QuranHour yang menghimpunkan umat Islam melalui tadabbur dan penghayatan kalam suci itu.
Menurut baginda, Al-Quran bukan sekadar bacaan ibadah, tetapi sumber panduan yang membawa ketenangan jiwa dan kekuatan dalam menghadapi ketidaktentuan zaman.
“Bacalah Al-Quran, kerana ia membawa ketenangan kepada hati. Bacalah Al-Quran kerana ia memberi panduan ketika kita berdepan saat-saat penuh ketidakpastian,” titah Al-Sultan Abdullah.
Baginda turut mengingatkan segala kisah dalam Al-Quran, termasuk mengenai Bani Israel, bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya mengandungi pengajaran penting tentang keadilan, tanggungjawab dan keteguhan iman.
Dalam titah yang sama, baginda juga menzahirkan harapan agar umat Islam terus bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain ketika dunia Islam berdepan pelbagai rintangan.
“Kita memohon kepada Allah agar membimbing kita, melindungi serta menyelamatkan umat Islam di mana sahaja mereka berada, satukan ummah ini,” titah baginda.
Pada Rabu, World #QuranHour (WQH) 2026 berlangsung selama satu jam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
WQH 2026 yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya tahun ini mengangkat Surah al-Muzzammil sebagai surah pilihan dengan tema ‘Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia’.
Ia dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan turut dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Kerjasama UIAM.
WQH 2026 turut dihidupkan dengan kehadiran diplomat dan wakil negara luar termasuk duta serta pesuruhjaya tinggi dari negara Turkiye, Maldives, Oman, Jordan, Iran, Tajikistan dan Rusia.
Topic Berkaitan
#World #QuranHour 2026
#Sultan Pahang
#Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.