awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WSJ hanya jadi papan kenyataan pembangkang - 1MDB

Hakim Rahman
Hakim Rahman
29/12/2015
11:25 MYT
WSJ hanya jadi papan kenyataan pembangkang - 1MDB
WSJ bagaimanapun dalam artikel itu mengakui tiada aktiviti tidak sah didakwa telah berlaku. - Gambar fail
1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan laporan terbaru yang diterbitkan WSJ adalah tidak berasas dan menyifatkan ia dikitar semula sama seperti penerbitannya yang pertama pada pertengahan 2015,.
1MDB dalam satu kenyataan medianya berkata pihaknya bingung dengan tindakan Wall Street Journal yang berterusan berkempen mencemarkan nama 1MDB dan Malaysia.
"Atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pihak pengurusannya, Wall Street Journal dengan jelas kelihatan senang untuk menjadi papan kenyataan bagi teori konspirasi dan fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang di Malaysia.
"Ini adalah amat menyedihkan bagi pembaca penerbitan ini yang berhak mendapat berita lebih baik," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi hakikatnya tiada berita sebenar yang terdapat di dalam artikel tersebut.
Artikel WSJ bertajuk 1MDB dan Rangkaian Wang Politik Malaysia mengulangi dakwaan bahawa sekurang-kurangnya AS$700 juta (RM3 bilion) daripada sumber yang tidak didedahkan telah didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jelas 1MDB, tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah merupakan subjek siasatan yang sedang dijalankan secara menyeluruh oleh pelbagai pihak berkuasa di Malaysia.
"Tambahan pula, seperti yang telah diakui beberapa kali sebelum ini oleh Wall Street Journal di dalam artikel mereka, tiada sebarang dakwaan bahawa berlakunya aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang."
Topic Berkaitan
#1MDB
#artikel kitar semula
#tuduhan
#WSJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan