awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WTO perlu diberi nafas baharu - PM Anwar

Bernama
Bernama
07/07/2025
04:00 MYT
WTO perlu diberi nafas baharu - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar (kiri) mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala mengenai peranan pertubuhan tersebut dalam mendepani cabaran perdagangan global semasa. - Gambar Bernama
RIO DE JANEIRO: Malaysia menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wujud keperluan untuk pertubuhan itu diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu masa depan.
"Isu-isu seperti kecerdasan buatan, perdagangan digital dan dasar iklim, tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun," kata beliau selepas bertemu Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala, di sini, hari ini.
Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan peranan pertubuhan tersebut dalam mendepani cabaran perdagangan global semasa.
"Saya tegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme serta keperluan agar WTO kekal inklusif, berkesan dan responsif," kata beliau.
Anwar dan Okonjo-Iweala berada di bandaraya kedua terbesar Brazil ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17.
Okonjo-Iweala ialah ahli ekonomi dari Nigeria yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah WTO sejak Mac 2021.
Beliau merupakan wanita pertama dan individu pertama dari Afrika yang menerajui pertubuhan itu sebagai Ketua Pengarah.
Anwar tiba di sini pada Sabtu atas jemputan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri sidang kemuncak itu yang berlangsung pada 6 hingga 7 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WTO
#WTO perlu nafas baharu
#Pertubuhan Perdagangan Dunia
#PM Anwar Ibrahim
#Dr Ngozi Okonjo-Iweala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan