awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yakin ada bukti kukuh dakwa pencemar air - Amirudin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/09/2020
10:38 MYT
Yakin ada bukti kukuh dakwa pencemar air - Amirudin
Kerajaan negeri Selangor yakin mempunyai bukti dan fakta yang mencukupi untuk melaksanakan pendakwaan terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran air yang bermula Khamis lalu. - Foto BERNAMA
Kerajaan negeri Selangor yakin mempunyai bukti dan fakta yang mencukupi untuk melaksanakan pendakwaan terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran air yang bermula Khamis lalu.
Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau tidak akan mendedahkan sebarang bukti tersebut bagi mengelak sebarang subjudis kepada kes tersebut.
"Sampel-sampel yang diambil di kilang, kolam takungan, muka sauk dan loji rawatan air telah diproses dan kita telah mendapat keputusan.
"Saya tidak mahu sebut takut ia subjudis nanti. Saya yakin kita ada bukti dan fakta yang cukup untuk mengenakan pendakwaan terhadap pihak yang terbabit," katanya.
BACA: Cemar air: Denda akan dinaikkan kepada RM1 juta - MB
BACA: Kilang punca pencemaran air bakal diroboh - MB Selangor
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di sini hari ini
Sementara itu, Amirudin berkata Air Selangor menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 6 pagi Rabu ini.
Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terburu-buru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mengganggu proses pemulihan bekalan air.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#Amirudin Shari
#bekalan air
#dakwa pencemar
#gangguan air
#pencemaran air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan