awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yellow Jacket Invitational 2026: Azeem raih perak acara 100 meter

Bernama
Bernama
21/03/2026
02:25 MYT
Yellow Jacket Invitational 2026: Azeem raih perak acara 100 meter
Pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu menamatkan perlumbaan pertamanya bagi acara itu untuk musim ini dengan catatan masa 10.33 saat (s). - Gambar fail/Stadium Astro
Pelari pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi meraih tempat kedua acara 100 meter (m) pada kejohanan Yellow Jacket Invitational di Atlanta, Amerika Syarikat (AS), Jumaat waktu tempatan.
Pemegang rekod kebangsaan 100 meter itu menamatkan perlumbaan pertamanya bagi acara itu untuk musim ini dengan catatan masa 10.33 saat (s).
Tempat pertama dimenangi wakil tuan rumah Cameron Crump dengan catatan 10.20 s manakala tempat ketiga milik atlet Zimbabwe Makanakaishe Charamba 10.34 s.
Muhammad Azeem dijangka menyertai kuartet 4x100 m Universiti Auburn pada kejohanan itu, selain mengambil bahagian perlumbaan 200 m yang dijadualkan berlangsung esok. (Sabtu waktu AS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan
#olahraga
#Muhammad Azeem Mohd Fahmi
#100 meter
#Yellow Jacket Invitational
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan