awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid hadir kali keenam ke SPRM

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
18/10/2018
07:32 MYT
Zahid hadir kali keenam ke SPRM
Ahmad Zahid disiasat bagi kesalahan rasuah berkaitan sebuah yayasan amal, Yayasan Akal Budi yang milik keluarganya dan beliau adalah pengerusi. - fotoBERNAMA
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat pada jam 3:03 petang.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih dan berpakaian baju batik.
Barisan peguam Zahid menunggu beliau di lobi SPRM dan mengiringinya ke bilik penyiasatan.
Pada Rabu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, memaklumkan dua pegawai SPRM telah menyerahkan notis kepada Ahmad Zahid agar hadir ke Ibu Pejabat SPRM hari ini.
Tambahnya, Ahmad Zahid dijangka akan didakwa pada Jumaat.
Ahmad Zahid disiasat bagi kesalahan rasuah berkaitan sebuah yayasan amal, Yayasan Akal Budi yang milik keluarganya dan beliau adalah pengerusi.
Beliau didakwa menyeleweng RM800,000 dari yayasan tersebut untuk membayar bil kad kredit beliau dan isteri.
Minggu lepas, beliau telah disiasat SRPM selama tiga hari berturut-turut.
Anak Zahid, Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan adik tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi juga dipangggil untuk membantu siasatan.
Pada Julai, SPRM menyoal siasat Ahmad Zahid sebanyak dua kali berhubung kes penyelewengan Yayasan Akal Budi itu.
Topic Berkaitan
#Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi
#Nurul Hidayah Ahmad Zahid
#SPRM
#Yayasan Akal Budi
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan