awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid harap Mat Sabu tidak termasuk dalam kalangan taqiyyah

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2013
23:05 MYT
Zahid harap Mat Sabu tidak termasuk dalam kalangan taqiyyah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak termasuk dalam kalangan mereka yang bertaqiyyah berhubung penglibatannya dalam fahaman syiah.
Beliau dalam nada sinis berkata, memang menjadi sifat pengikut fahaman syiah untuk bertaqiyyah dengan berpura-pura mengikut ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi berharap pemimpin PAS itu bukan sebahagian daripada golongan tersebut
“Orang-orang syiah mempunyai satu sifat yang dipanggil taqiyyah ertinya berpura-pura, melindungi, menipu dan juga bertindak seolah-olah orang itu tidak terlibat. Saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam kumpulan taqiyyah ini,” ujarnya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perdana Buku Negara 2013 di ibu negara pada Khamis.
Petang tadi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu sebagai seorang yang cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah di Malaysia.
Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad dalam membaca satu kenyataan KDN berkata, antara bukti tersebut ialah pemimpin itu pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara imam Khomeini.
Topic Berkaitan
#KDN
#May Sabu
#PAS
#Syiah
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan