awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid hargai jasa Karam Singh angkat isu alam sekitar

Bernama
Bernama
06/04/2026
04:01 MYT
Zahid hargai jasa Karam Singh angkat isu alam sekitar
Ahmad Zahid berkata pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kewartawanan negara. - Foto Facebook/Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan wartawan penyiaran terkenal Datuk Karam Singh Walia yang disifatkan banyak membantu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar.

Beliau berkata mendiang merupakan antara tokoh penting dalam dunia kewartawanan negara yang berjaya mengangkat isu-isu alam sekitar kepada perhatian umum secara konsisten dan berkesan.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kewartawanan negara. Mendiang dikenang sebagai seorang tokoh yang komited dalam membawa isu alam sekitar kepada perhatian umum, dengan gaya penyampaian tersendiri yang kekal dalam ingatan ramai.

“Kemunculan beliau di kaca televisyen, khususnya dalam laporan lapangan sentiasa menjadi tarikan. Susunan ayat, gaya penyampaian dan personaliti beliau yang unik menjadikan mendiang antara figura yang dekat di hati penonton suatu ketika dahulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian wartawan berkenaan yang telah menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.

Dilahirkan pada 1959 di Teluk Intan, Perak dalam keluarga bekas anggota polis, Karam Singh, 67, memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada 1995 sebelum bersara pada 2014 berikutan masalah kesihatan.

Beliau yang dikenali sebagai antara wartawan alam sekitar paling berpengaruh di negara ini pernah memenangi Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali serta Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) bagi kategori Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik selama empat tahun berturut-turut dari 2004 hingga 2007.
Mendiang merupakan antara penerima Tabung Kasih@HAWANA dalam kalangan media pada Jun 2024.
Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyifatkan pemergian Karam Singh sebagai satu kehilangan besar yang meninggalkan kekosongan sukar diganti dalam dunia kewartawanan tanah air.

“Suara beliau, gaya penyampaian beliau, dan pantun-pantun yang sentiasa mengiringi setiap laporan, semuanya begitu ikonik, begitu dekat di hati rakyat. Ia bukan sekadar laporan berita, tetapi satu sentuhan jiwa yang menjadikan beliau berbeza, dan sentiasa dirindui.

“Sesungguhnya, pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang wartawan, tetapi hilangnya satu suara yang pernah mendidik, menyentuh, dan menyatukan rakyat melalui kata-kata,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi kenangan menziarahi mendiang pada Jun 2024 bagi menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA melalui Bernama.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Karam Singh Walia
#Ahmad Zahid Hamidi
#takziah
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan