awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zainal Kling hadir beri keterangan di Bukit Aman

Bernama
Bernama
25/10/2019
04:03 MYT
Zainal Kling hadir beri keterangan di Bukit Aman
Zainal dilapor membuka tirai dengan beberapa kenyataan keras yang menyentuh isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja dan kedudukan istimewa orang Melayu. - Gambar fail
Ketua Eksekutif Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Prof Emiritus Datuk Dr Zainal Kling hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini bagi memberi keterangan berhubung ucapannya pada kongres berkenaan.
Beliau tiba bersama peguam dan wakil kongres, memasuki Bukit Aman pukul 10 pagi.
Rabu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata polis mengambil keterangan Zainal berhubung ucapannya pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di Shah Alam, 6 Okt lepas.
Menurut Huzir, Zainal dipanggil ke Bukit Aman berikutan laporan polis yang dibuat pegawai khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, baru-baru ini.
Pada kongres itu, Zainal dilapor membuka tirai dengan beberapa kenyataan keras yang menyentuh isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja dan kedudukan istimewa orang Melayu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Huzir Mohamed
#jenayah
#Kongres Maruah Melayu
#Melayu
#Perlembagaan Persekutuan
#polis
#Raja-raja Melayu
#siasatan
#ucapan
#Zainal Kling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan